Wednesday, October 14, 2015

Gadjet idaman, yang mana satu pilihan anda?

Assalamualaikum,

Setiap kali, apabila ada sesuatu yang aku ingin kongsikan dan mula mengetik-ngetik papan kekunci komputer, benda pertama perlu difikir adalah tajuk. Susah betul nak pilih tajuk.

Macam biasa, apa aku tulis disini biasanya bebelan sahaja. Terbaru aku membaca bahawa pihak syarikat sony mungkin tidak akan meneruskan pembuatan peranti telefon mereka. Sedih dengar bukan. Sedangkan suatu ketika dahulu peranti telefon sony merupakan pilihan selepas nokia. Dan ramai sedia maklum, nokia juga mengalami penurunan jualan yang begitu mendadak selepas ios dan android masuk ke dalam pasaran.

Tidak seperti nokia yang mengeluarkan telefon menggunakan sistem operasi window yang kurasakan sebab utama ianya tidak begitu digemari, sony menggunakan android. Jadi sepatutnya ianya masih boleh dijual bukan?

Tidak perlu komen tentang iphone, kerana kita maklum ianya mempunyai peminat-peminat fanatik yang sudah tentu setia bersamanya walaupun dengan ketiadaan Steve Job. Android. Terlalu banyak syarikat telefon yang mengeluarkan telefon berasaskan android. Persaingan yang tinggi. Jujur aku katakan, adakalanya penjualan telefon pintar ini berasaskan trend sahaja. Bukan kerana kualiti. Jika di Malaysia, kita dapat lihat peranti keluaran Samsung merupakan satu peranti yang paling laris. Jika mahu mengatakan ianya murah, kurasa tidak. Note terutamanya, di awal penjualan harganya melebihi RM2000.00. Padaku ianya tidak murah.

Aku pernah beridam ingin memiliki samsung s siri dan note siri. Tetapi selepas S2, aku tidak lagi berminat, dan selepas note 4, minat ku juga suam2 jadinya. Dengan harganya yang mahal serta kemampuanku yang tidak begitu tinggi pada ketika itu.

Aku ini boleh dikatakan seorang pecinta peranti. Komputer, tablet, telefon pintar pelbagai jenis menjadi milik. Aku pernah miliki samsung, tetapi selepas beberapa ketika ku dapat rasakan kadar efisiennya semakin menurun. Selalunya cukup sehingga setahun.

Telefon idaman pertama yang berjaya menjadi milikku adalah HTC buttlefly. Sebagaimana aku idamkan, prestasinya juga berada di sebagaimana yang aku inginkan. Tidak pernah lag. Kemas dalam gengaman, tidak begitu kecil atau terlalu besar ditambah lagi dengan aku berjaya menggunakan aplikasi yang kusuka tanpa banyak masalah. Sukar untuk kuterima, atas kecuaian telefonku pecah seribu. Baiki membawa kepada pergaduhan. Lalu telefon jena LG G3 menjadi pengganti.

LG G3 tidaklah begitu buruk. Dengan saiz screen 5.7 yang sememangnya bukan pilihanku menyebabkan ianya tidak begitu menjadi object kesayangan. Ianya lebih kepada object keperluan. Yang disukai adalah double tab dan proses mengambil gambar selfie. Lain-lain kurasa ok. Tidak buruk. Cuma tidak memberi sebarang kata wow dari aku.

Hari ini tanpa perancangan. Sesuatu yang amat sukar aku lakukan, aku bersetuju membeli sebuah tablet baru berukuran 8in. Sony xperia Z3 compact. Jujur kukatakan, masa kubeli, ku tidak tahu langsung tentang spesifikasi tablet ini termasuklah namanya sehinggalah tiba di rumah. Dan sejak dari jam 5 hingga kini, jam 9 mlm, aku masih mencuba peranti ini. Dan aku sangat suka. Perasaan sebagaimana semasa aku memperoleh htc dahulu, kini muncul lagi.

Aku jatuh cinta pada mulanya kerana rupa dan kelancaran peranti ini. Kemudian kukaji dari internet tentang spesifikasinya. Dan pembelianku sangat berbaloi. Ini merupakan satu gadjet yang berkualiti. Dan aku mula berfikir, kenapa xperia tidak orang gemari. Adakah kerana ia mahal? Jikamsony benar-benar akan menghentikan pengeluaran peranti telefon pintarnya, maka amat sedih. Kerana kurangnya satu product berkualiti.

Nota kaki: kalau ada kesalahan ejaan, maaf. Aku menaip dari sony z3. Dan malas betul nak betulkan kesalahan ejaan..


0 komentar:

Post a Comment