Tuesday, July 28, 2015

Hiburan dan inspirasi dan kerjaya...

Assalamualaikum,

Maaf la kalau aku katakan, aku tak boleh tengok cerita melayu. Mungkin aku ni terlalu jugdemental kot. Tengok sikit jer tapi lepas tu banyak betul aku nak komplen. Hari ni aku asyik terbaca orang dok komplen pasal Kpop, pasal konsert hinggakan sampai satu kumpulan dakwah ni siap gelar Kpop sebagai satu cara untuk menyebarkan agama Kristian. Aku nak ketawa sebenarnya. Setakat ni tak ada lagi Kpop, atau Kdrama yang membawakan isu agama. Tak tahulah aku memang ter-miss ker apa ker, tapi serius tak jumpa lagi.

Tapi ada satu persamaan antara aku dan kumpulan dakwah tu: Tak tengok, tapi terus menghukum. Atau lebih kepada tengok sikit, hukumnya lebih.

Ok. Stop. Aku taknak cerita pasal kumpulan dakwah tu sebenarnya. Tapi aku nak cerita inspirasi. Aku sebenarnya menunggu-nunggu rancangan melayu yang mampu memberi inspirasi. Tak kisah la drama ker, rancangan hiburan ker. Ohh ada, tapi sikit sangat.

Aku taknak cakap pasal Korean Drama. Aku nak cakap pasal Jepun punya drama.

Korang kenal Takuya Kimura tak? Hehehe kalau tak kenal tak apa. Dulu dia seorang pelakon yang sangat famous. Sekarang famous la juga cuma kurang sikit sebab dah tua kan. Hasil kerja dia dulu-dulu memang dasat-dasat. Boleh kata setiap drama yang dia berlakon akan BOOOM, meletup-letup. Aku dulu memang tengok cerita yang dia lakonkan, hampir semua.

Satu beza drama Jepun dengan drama Melayu, Melayu suka fokus cintan-cintun, Jepun ni, ada, tapi biasanya drama dia, part cintan tu, sikit sungguh. Majoriti drama Jepun adalah berkisar kerjaya yang ada di sana. Setiap dramanya pasti diselitkan dengan jangan mudah putus asa. SETIAP ok. Buat drama pasal kerja part time pun boleh ada inspirasi. Orang Jepun ni, tak kira apa saja kerja yang diaorang lakukan, diaorg ni akan sangat berbangga dengan kerjanya. Walaupun kerja dia kerja buat jalan.

==== ****** =====

== dipetik dr Tumblr: Link ==



He was inspired by Kimura Takuya’s role as Sena in Long Vacation (1996) to pursue a career as a pianist. He eventually managed to study music in Germany, and he is now a piano instructor for aspiring pianists. So yesterday in the special programme “HERO THE TV”, he played the song played by Sena in Long Vacation and Hero’s main theme song in front of Kimura Takuya.

Besides him, the show invited other people who are now pursuing careers that were reprised by Kimutaku’s roles in various dramas. One became a hair stylist after watching Beautiful Life; one became a lawyer after watching Hero; one became a car racer after watching Engine; one became a pilot after watching Good Luck; and lastly one became Japan’s ice hockey team player after watching Pride.

Kimura Takuya was close to tears during this part of the programme, so am I. It’s really touching to see how he had changed the life of so many people, simply because of the roles he acted in the various dramas. I really think the power and influence a celebrity has on people can be very positive and huge, and this is like the best example that illustrates the point.

Sometimes liking a celebrity isn’t really that bad after all.

===== ***** =======

Masa aku tengok cerita-cerita tu, memang ada rasa nak jadi macam watak-watak dia pegang pon... Hehe tapi hari ni, satu pun x melekat. Wakakakkaka..

Cerita Inggeris pon banyak juga yang begitu. Aku percaya ramai belajar komputer sebab kagum tengok rancangan hacker, Steve Job bla bla bla. Nak jadi racer sebab tengok Fast n Furious, tapi gi race kat jalan awam, ok yang gi ikut benda buruk tu apasal.

Cerita melayu:

Watak Pemandu Kapal Terbang - aku tengok dia pakai Pilot uniform, tapi tiada langsung tentang kisah dia pasal Pilot tu. Cerita pasal doktor, setahu aku doktor di Malaysia sangat sibuk, tapi banyak betul masa pelakon doktor tu. Kerja pejabat, dah abis kerja, pergi melawat satu rumah ni. Aku tertanya, dia habis kerja pukul berapa, lambat betul tak malam-malam. Kerja paling banyak, CEO, duduk dalam bilik opis, marah2 orang, jd playboy. Urgghhh dimana inspirasinya.

Segala-galanya penuh dengan cinta, cinta dan cinta. Gaduh, tipu, baik, gurau, sweet, loving2.. Pendek kata inspirasi dalam drama melayu ialah, sila bercinta. Kerja tolak tepi.. Wakakaka

Selalu cerita yang punya mesej2 ni kalau nak dapat tengok pun dalam movie. Macam Mamat Khalid punya ada la sikit-sikit. Bagus la, janji ada gak. Cuba tengok cerita P.Ramlee. Berlambak mesej. Maknanya bukan Melayu ni tak boleh, boleh jer.

Kesimpulan aku: Nak tengok cerita tu, amiklah yang jernih.. Yang keruh2 ni janganlah dok sedut.. Yang buat drama atau filem, budak-budak sekarang ni suka kutip yang keruh jadi boleh tak kalau buat cerita, focus yang jernih-jernih ni supaya budak-budak rasa nak ikut. Yer la, tengok drama, yang baik ni asyik kena buli jer, yang tengok, wat apa jadi baik kalau asyik kena buli. Orang luar boleh buat, kenapa kita tak boleh buat. Tak payah la ikut barat tu, tunjuk best sangat jadi samseng. Didiklah remaja-remaja ni, jadi baik pun menyeronokkan.. Bukan budak jahat jer boleh berseronok.
Reaksi

2 comments:

  1. First nak cakap pasal Takuya Kimura. Cerita terakhir yang aku tengok dia berlakon ialah cerita yang Hiro Mizushima jadi hero. Aku dah tak igt tajuk apa, tapi cerita tu psl bapak Hiro ni kira bsinessman dan dia ni anak org kaya yg berlagak dan playboy. nampak mcm sama dgn cerita melayu kan... tp hakikatnya tidak. Cerita ni tunjuk satu persatu mcmana si Hiro (Sashi nama dia dlm cerita ni) berubah dan berjaya lps dibuang oleh ayah dia. Yeah!

    Kedua nak cakap pasal drama cinta-cinta syok sendiri, tak tau nak cakap macamana dah. Aku pun sama, mmg tak layan langsung dah skrg. Last aku tgk drama Suami sebelah rumah. Tu pun sama jugak.. doktor tak penah rawat pesakit. Asyik lepak kat pantri cerita pasal bini sebelah rumah dia. hehehe.... aku boleh layan drama 2 jam je. sbb biasa drama 2 jam ni lebih berkualiti dan banyak pengajaran dr drama series yng bertajuk suami ku bla bla bla.. isteriku bla bla bla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer apa diaorg berlakon sama. Yg aku tahu Mr Brain jer. Tp biasalah mana aku tgk si Hiro ni sgt... hehehehehe

      Delete