Monday, June 15, 2015

Mengatasi diri sendiri...

Ilmu tu dimana-mana ada. Aku sentiasa dahagakan ilmu, tapi kadang-kadang sedih, adakah ilmu yang kucari ini tidak bermanfaat.

Aku selalu kata aku tak ada cita-cita.. Tapi bila fikir balik, rupanya aku ni banyak sangat cita-cita, sampai tak tahu macam mana nak mula.

Ada masa rasa dah terlambat untuk bermula. Tapi selagi masih bernyawa, tiada istilah terlambat. Berjaya atau tidak belakang kira.

Aku mahu kembara, aku mahu lihat dunia. Tapi aku sekadar wanita. Itu alasan aku, sedangkan ramai wanita-wanita di luar sana yang seperti aku, tapi telah jauh merantau. Terkedu aku membaca satu kata-katanya:

Tahukah kita?
Terlalu banyak kerisauan takkan membawa kita ke mana-mana walau ke bilik air sekalipun.
Risau tak dapat nasi.
Risau susah cari makanan halal.
Risau toilet tak ada air.
Risau tak ada tempat dan telekung proper untuk solat.
Risau tak ada WiFi.
Risau naik kapal terbang.
Risau tak faham bahasa orang.
Risau sesat.
Risau tak cukup duit.
Risau cuaca.
Risau bencana alam.
Risau tinggal anak.
Risau pencopet.
Risau scammer.
Risau nampak gemuk dalam gambar.

Tanya diri sendiri, sampai umur berapa nak benarkan RISAU jadi tuan?
"Kalau kita setakat cakap cakap cakap nak travel, tapi kita tak buat apa-apa persediaan pun, bermakna kita memang setakat cakap saja. Bukan 100% nak pun."

Malah aku pernah hampir marah kepada seorang kenalanku, tentang kerisauan dirinya. Ok citer lain, tapi tiang dia sama. Takut. Nak saja aku katakan padanya, selagi tak langkah perasaan takut tu, selagi tu hidup tak berubah.

Tapi aku sendiri lupa, aku juga begitu dalam dunia nak mengembara ni. Ada takut, ada risau.. Ok list2 di atas tu tak la 100% kena kat aku, tapi aku sendiri masih ada kerisauan aku.. Risau, sapa nak teman aku. Takkan nak redah benda tu suma sorang-sorang jer..

Checklist Impian:
1) Kembara luar negara.. Tak ada kawan nak teman. Plan lama sungguh, asyik x berjaya jer.
2) Sertai program-program membantu.. So far masih mencari info, kalau sesiapa ada info, tolong share please..

##akuInginBerubah

Reaksi

1 comment:

  1. aku NAKKKKK sangat teman... tp tu la... hmmmm... hehehe....

    ReplyDelete