Wednesday, May 20, 2015

Belajar bahasa Jepun tu buang masa ker?

Assalamualaikum,

Lama sudah tidak mengomel. Rindu ingin mengomel.

Aku kini mengambil semula kelas yang suatu ketika dahulu aku tinggalkan. Sedikit terkilan bila tiba-tiba ada suara sumbang memerli. Walaupun bukan secara terus, tapi hati tetap terusik. Salahkan aku kerana aku belajar? Ya aku tahu, pembelajaran ku ini bagaikan tiada guna. Ya aku tahu, apa aku belajar ni sekadar membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Ya tiada sebab untuk aku belajar Bahasa Jepun. Tidak membantu apa-apa, tiada manfaat apa-apa.

Tapi tujuan aku belajar bahasa Jepun bukan kerana itu semua. Aku belajar kerana aku ingin tahu. Apakah sukar mempelajari satu bahasa baru. Aku bukan muda lagi. Aku sebenarnya sedang mengejar cita-cita serta impian kecilku.

Aku tidak seperti orang lain. Impian tinggi melangit. Impianku kecil, tapi impian ini datang sejak aku kecil. Impian ini telah ku ada sejak lama. Tapi aku tidak seperti orang lain, seorang penakut, takut untuk susahkan ibu ayah dengan impian tambahan yang pada pandangan orang ramai, tiada guna ilmuku ini. Dan ketika usia mencecah 3 dekat, dengan kudratku sendiri, ku cuba penuhi impian kecilku.

Aku masih punya beberapa impian kecil yang masih belum tertunai. Alhamdulillah, beberapa impian kecil lain telah tertunai. Walaupun lambat sebenarnya. Tapi tidak ku kisah. Biar lambat, janji tertunai. Biar orang tidak faham, janji hati ku puas.

Kenapa aku belajar bahasa Jepun:
1) Aku suka.
2) Aku nak asah kepala otak agar tidak tumpul. Salah satu senaman untuk otak.
3) Aku suka belajar sesuatu yang baru tanpa perlu risau aku perlu lulus dengan cemerlang atau tidak. Tanpa perlu risau harapan orang lain.
4) Aku hanya perlukan ilmu baru.
5) Memenuhi impianku supaya ingin tahu.
6) Aku boleh menaip sesuatu tanpa risau ada orang faham atau tidak apa aku tulis. wakakakakaka.
7) Ada masa kita perlu belajar tentang orang lain. Supaya kita boleh belajar menjadi lebih baik dari mereka.

Impian lain yang masih belum tercapai:
1) Menjejak kaki ke Jepun.
2) Tebus semua barang kemas mak.
3) Mengambil gambar terbaik. (Dalam usaha)
4) Selesaikan semua hutang piutang.

 Pedulikan apa orang kata. Aku tak mahu jadi hamba wang. Ya memang seronok memiliki banyak harta. Tapi.... harta datang bersama sakit kepala.. Hahahahaha
Reaksi

6 comments:

  1. Correction umur 3 dekat yer..bukan 3 abad. Tua sgt abad tu. Abad = 100 tahun

    ReplyDelete
  2. Correction umur 3 dekat yer..bukan 3 abad. Tua sgt abad tu. Abad = 100 tahun

    ReplyDelete
  3. Amboi sampai dua kali dikomen.. Hehe x perasan pon salah.. Dah betulkan.. TQ..

    ReplyDelete
  4. Ehhh aku pun x perasan psl apa dia masuk dua kali. Wakaka

    ReplyDelete
  5. Ehhh aku pun x perasan psl apa dia masuk dua kali. Wakaka

    ReplyDelete
  6. Mmg tiap kali ko komen dia jd dua kali la.. Tp aku punya ok jer

    ReplyDelete