Wednesday, January 14, 2015

Jom uji personaliti anda..

Personality Test..

Aii nampak sangat aku tengah bosan tahap gaban. Banyak keje payah, takder keje pon payah gak. Tadi tengok video ada personaliti test. Lama tak buat, seronok gak.. Meh sama-sama uji meh..


Situasi.

Anda pergi bercuti ke Afrika. Tapi sebelum sampai ke destinasi yang dituju, anda telah kehabisan wang. Oh tidak macam mana ni? Sudahlah anda berada di tempat orang. Anda dah terdesak, jadi terpaksa jualkan barang yang anda ada. Jadi antara 5 barang tersebut, susun ikut turutan yang mana akan dijual dahulu.

1) Jam Tangan
2) Telefon Bimbit
3) Selimut (Blanket)
4) Buku Nota
5) Air

Susun dahulu, jangan tengok jawapan lagi. Nak tau jawapan scroll ke bawah..




























Setiap barangan mempunyai pengertian tersendiri. Ini bermakna, ada beberapa perkara dalam hidup anda, anda rela melepaskannya apabila keadaan mendesak. Barangan kelima merupakan perkara paling penting untuk anda.

1) Jam Tangan - Kerjaya
2) Telefon Bimbit - Hubungan / persahabatan
3) Selimut (Blanket) - Keluarga
4) Buku Nota - nilai diri (ego), (Pride)
5) Air - Percintaan.




Macam mana dengan hasil pilihan korang. Kalau aku, benda pertama aku jual adalah buku nota dan paling akhir adalah Telefon bimbit. Memang kena la, sebab aku bukan kisah sangat dengan pride aku. Aku rela mengaku bersalah jika ianya benar aku yang salah. Hubungan dan persahabatan pula, aku bukan seorang yang ramai kawan. Okay, kawan ramai, sahabat tidak. Tapi sekali korang dah masuk dalam kategori sahabat aku, makanya, ku berdoa, kekal sampai mati. Amin..


Hehehehehe.


Reaksi

0 komentar:

Post a Comment