Friday, June 28, 2013

Impian..

Assalamualaikum,

Hai korang.. Aku rasa blog aku ni banyak betul cerita pasal impian. Setiap orang mesti ada impian, tapi sama ada rasa impian tu boleh dijadikan realiti atau tidak, tu belakang cerita.


Aku jumpa quote ni. Buat aku terfikir, apa impian aku. Dulu aku macam tak ada impian. Jadi perasaan mengejar impian tu aku tak pernah buat. Cemburu kawan-kawan dapat kerja bergaji besar, aku tak usaha cari kerja lebih baik. Cemburu kawan dah berkeluarga dan beranak-pinak, aku, ermm masih terkial-kial dalam bab berkawan. Ada kelas mengajar macam mana nak bersosial tak?

Salah satu cara untuk hidup gembira adalah hentikan dari membandingkan hidup anda dengan orang lain. Sebab tu ada kajian mengatakan facebook boleh jadi punca stress.. Jadi, kena STOP banding-banding dengan orang lain. 



Impian aku sekarang, kumpul ilmu banyak-banyak tak kisah ilmu apa pun. Berjalan-jalan lihat tempat orang, alami segala apa yang boleh dinikmati dan selagi boleh menikmati, aku nak cuba banyak benda. Aku nak rasa macam-macam jenis makanan. Mahal, murah. Sebab kita tak tahu, esok apakah kita masih boleh buat itu semua. 

Jadual hujung minggu penuh hingga waktu raya.. Pehh dasat betul aku ni.. Minggu ni kita gembirakan keluarga. Minggu depan kita gembirakan kawan-kawan. 

Sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian.. 



Jadi impian aku buat masa ni, adalah nak nikmati setiap masa yang aku ada, walaupun tengah buat benda yang paling aku tak suka iaitu mengemas.. hahahhaha..




Reaksi

0 komentar:

Post a Comment