Wednesday, March 2, 2011

Letak lirik dalam Window Media Player 12...

Nota kepala: Aku banyak mengarut dalam entri ni, so nak dapatkan straight to the point just go to perengan ke-4.. Hehe macam mana nak letak lirik dalam Window Media Player 12... Wish of luck.

Geram dengan Window Media Player anda.. Hehe jangan risau, anda bukan seorang. Aku pun sama. Dah puas geram dengan Window Player ni sejak diupgradekan di dalam Window 7. Rasanya dari sebelum ni kot, tapi dah tak ingat pun. Kalau tak silap WMP 10 dah takle guna dah.. KALAU TAK SILAP..

Dulu, ada 2 benda yang aku suka dengan WMP ni. Satu, mudah add lyric, second, boleh play atas tab. (susah beno nak tulis benda yang biasa dalam english ke bahasa melayu, jadi takper la aku guna bahasa rojak jer.. mana dah pi azam aku ni).. Yer la walaupun player lain boleh dikatakan agak best, dan ITunes pun boleh gak play atas tab, tapi aku boleh tau lagu apa yang tengah main. Aku mainkan random music dalam komputer, so ada masa tu, memang tak dapat agak la lagu apa yang sedang dimainkan.

Tetapi sejak upgrade ke window 7 ni, fungsi-fungsi best yang ada dalam WMP ni dah hilang. Ehhh aper ker bangang orang microsoft ni. Kalau yer pun nak upgrade bagi lagi cantik, kenapa fungsi yang best ni dibuang. (ni belum cerita pasal IE 8 yang lebih kerap crash tu). Back to the topic lah, aku pun tak faham kenapa function yang memang aku suka ni dah takder. Puas dok godek-godek, tekan sana tekan sini, yang main atas tab tu, memang tak jumpa lagi penyelesaiannya. Masuk forum sana, masuk forum sini, ramai juga yang dah give up dengan microsoft thing ni..

But, at lease satu daripadanya, akhirnya dapat juga penyelesaiannya. Yay lyric on WMP. Penyelesaiannya adalah... jeng jeng jeng : Install la Lyric Plugin. Boleh download kat sini. Ianya bukan hanya untuk WMP, tapi ada juga untuk ITunes dan Winamp. Plugin ni saiz dia bukan besar pun untuk diinstall, sekejap saja nak download. The best part, korang tak payah susah-susah nak cari lirik kat internet, kemudian paste ke dalam lyric ni, ianya automatik. Dah ada.

Janji korang punya lagu tu dah letak nama lagu dan artis yang betul dan syarat kedua, komputer anda mestilah ada internet. (tang bab ni aku kurang suka, kenapa la sekarang ni, hampir semua nak bergantung pada internet ni, cuba tengok beraper punya banyak application yang guna online installer, paling famess apa lagi AVG la). Macam kerja aku yang kena install benda alah ni untuk beberapa komputer baru, takkan juga tiap-tiap kali nak download xxxMB ke dalam komputer tu. Kalau setakat 4MB boleh tahan lagi, ni beratus.. Tambah plak kalau orang tu guna broadband yang ada limit takat 1.5G usage per month, tak ker haru biru...

Disertakan screen capture selepas aku try benda alah yang dipanggil LyricPlugin ni.. So lepas ni boleh la karaoke sambil dengar lagu...


Lagu melayu...


Lagu Korea...


Dan kalau rasa tak betul, tak keluar apa-apa, nak edit pun boleh. Set ajer la kat link Edit tu...

Apapun, selamat menggunakan Window Media Player.. Tak memenuhi cita rasa anda juga, cari la player yang lain yang berlambak tu..

0 komentar:

Post a Comment